Wednesday, March 7


Assalamualaikum...
I'm back...
This is my Hubby and my Daughter...
C ya' later...


Thursday, June 9

segala puji bagi Allah,
tuhanku yang Maha Mengasihi hambaNya...
salam buat Rasulullah SAW...

aku tak sempat lagi nak buat tesis
ari tu buat skit2 je...
tak dpt nak focus r...
nway, aku nak buat ari ni, insyaAllah...
:>

ni ade satu citer yg best,
ilham dan penyeri di pagi hari :)
___________________________________

SANTAPAN ROHANI

Bazrajamhur al-Hakim, seorang menteri negara Kisra Anusirwan, dibenci oleh Kisra. kerana itu, dia ditawan di dlm penjara yg sempit, tertutup dan gelap. dia dipasung dan disuruh memakai pakaian yg kasar yg diperbuat drp bulu.

setiap hari, dia diberi makan tidak lebih dr 2 potong roti dgn garam yg digiling dan segelas air. dia berkewajipan mengucapkan sesuatu yg akan di dengar Kisra.

sudah sebulan Bazrajamhur berada dlm tawanan. kali ini tidak terdengar lagi suara drpnya. krn itu Kaisar mengutuskan pasukan khusus, terdiri drp teman2 Bazrajamhur, utk menyelidiki keadaannya di dlm penjara dan menyampaikan kata2 yg diucapkannya, yg harus di dgr Kaisar.

pasukan itu mengajukan pertanyaan:"wahai tuan Bazrajamhur yg bijaksana, kami melihat tuan berada di ruangan yg sgt sempit, tertutup dan gelap tetapi tetap dalam keadaan segar, sihat tidak berubah sama sekali. apakah yg membuat tuan demikian?"

jawabnya,"aku membuat berbagai ramuan makanan dr enam jenis campuran. setiap hari aku makan sedikit2. itulah sebabnya aku tetap segar bugar, sihat tidak berubah sama sekali."

pasukan itu bertanya lagi,"cuba jelaskan kpd kami enam campuran itu" mereka berkata demikian dengan penuh rasa ingin tahu.

jawabnya,"campuran pertama: percaya sepenuh hati kepada Allah SWT. kedua: aku tahu bahawa setiap sesuatu yang ditakdirkanNya pasti akan terjadi. ketiga: kesabaran adlh jalan yg mendapat cubaan. keempat: jika aku tidak sabar, padahal aku tidak dapat menentukan dan memberikan pertolongan kpd diriku sendiri dari kegelisahan, maka tidak ada gunanya. kelima: mungkin kalau diriku tidak berada dalam penjara ini, aku akan mengalami musibah lebih buruk lagi. keenam: aku berkeyakinan setelah musibah ini, akan datang kepadaku kemudahan."

inilah pemelihara kesegaran badan, pemeliharaan kesihatan, agar tubuh tetap dalam keadaan afiat, sekalipun di dlm musibah, kesusahan.

:) semoga kita sama2 dirahmati dan dikasihi Allah SWT.
assalamualaikum...

Tuesday, June 7

Be Positive Always...

never giv up be4 u even try,
nothin is really over
until u stop tryin,
never say it's impossible
be4 u pursue the way
u think is possible,
never make urself feel less worthy
by comparing urself with the others,
never allow obstacles to stop u,
confront n transform
them to opportunities,
believe in working hard
towards ur future,
take a step at a time
to reach ur goals,
always believe in urself,
ur happiness is in ur hands...
for if u keep staying positive,
u can make ur dreams come true!

hehehe...
thought of the day ;)

Friday, May 27

Ya Allah...
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...
Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ke tepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...
Tetapi ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh dari pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...
Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini...
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat
membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...
Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan peliharalah kami dari azab api
Neraka...
Amin...amin...Ya Rabbal'alammin.

Friday, October 31

Dirgahayu Dr Mahathir

(1)
Sejak kau kata dirimu tetap akan bersara
rakyat hampir serentak tergamama, sekeluarga,
dengan tekun cuba mambaca keganjilan abjad,
ingin secermatnya menyelam kocakan isyarat-
bermula dari langkahmu semenjak dua dekad,
dari awal diseragamkan waktu yang keramat,
meninggalkan kegoyahan takhta kota Melaka,
meluru ke sejarah baru di Putrajaya.

Mulanya kau tukarkan derasnya layaran rasa -
sejarah negara tiba-tiba satu degupnya.
Dan serentak pula kau dorongi pandang ke Timur,
kau sedarkan begitu mulanya visi yang makmur,
kau tegur sejarah Eropah berhati penjajah
dan gesa rakyat agar sedia menginsafinya.

Kau seorang pemimpin paling sering mengejutkan
sehingga dalam panas kami mudah kesejukan
dan dalam sejuk tiba-tiba kami kepanasan.
Kau seperti damai menyaksikan kami terkejut,
kan rangsang kami menjadi juara - jangan takut:
Daki gunung, lawat Antartika, rayapi buana,
rentasi samudera dan saingi berniaga -
segala yang puncak - selalunya itu kau pinta.

Kau pengingat bangsamu yang sering benar pelupa,
penyedar satu perjuangan yang belum selesai,
juga penghayat tanah airmu yang sungguh damai.
Kau sempat menjadikan ramai manusia gigih,
di alaf damai, mereka menyemai benih ilmu,
di musim permai, mereka membisik kasih syahdu.
Kau gelorakan kejutan yang sebesar-besarnya
dan mendorong rakyat menjerit "boleh" segalanya!
Kutahu, kau sentiasa benci kerja yang bebal,
lebih kau sanjung tiap pencapaian yang global.

Kau terlalu gemar mencabar setiap yang payah,
menyedarkan bangsa, itulah antara caranya
meningkat taraf, menebus maruah dan anehnya,
kau memungkinkannya dengan cara yang istimewa.
Dengan resepi bancuhan amat luar biasa,
ramuan asli dari rempah satu cita rasa
dan dengan tangan dan mata yang selalunya cerah,
dapur bangsa menyedia sajian peribadi -
demokrasi lazat dengan zat yang tersendiri.

(2)
Telagah dan teguranmu juga tajam berduri,
malah dalam sekam yang sebu pun terjelir api.
Dan dalam arus diplomasi dunia terkini
selalunya kau berdiri cekal depan sekali;
lantang bersuara sepejal peluru kharsani
tanpa pengkalis, sebab, pengkalisnya kau sendiri.

Kawan-kawanmu sesekali dalam percubaan,
yang akrab terkadang meloncat juga sebelah lawan.
Dan kau memang seorang yang amat keras menghukum,
terkadang yang patah amat payah sungguh dicantum.
Memang ada yang sentiasa ingin membencimu,
dan sesekali, soal bahasa yang mampu. aku juga begitu.
Tapi, daun bakti yang lain wajar jua dikira;
pemimpin tak semua benar, tak semua salah.
Dan dalam sedikit gulana resah batin bangsa,
aku tetap menerimamu pemimpin berharga.
Memang kau telah berjaya menyumbangkan banyak bakti,
menjadi amat payah untuk sekadar membenci,
apa lagi yang diragukan lebih teka-teki.

(3)
Tampaknya kau tahu di mana stesen berhenti;
sajauh mana pula pemimpin harus berlari.
Dan di antara stesen, kau sedia bersepi -
menilai masa lalu dan menyukat masa kini.
Kau berhenti ternyata sebelum dirimu mengah,
meninggalkan secebis peta dalam ribut kencang
dengan megah di sisi kibaran Jalur Gemilang.
Disayang dibenci, kau harumi taman pertiwi;
dibenci disayang, hikayatmu juga berseri.

Kau penguji sanubari dengan minda berkira
dan dengan lidah dan hati yang belajar berimbang.
Sayang, tidak semua tali pacu dapat diregang,
maklum di mana pun pasti ada kuda yang garang.
Tapi, kau pujangga siasah berpeta pusaka,
berkeris dan berperisai tangkas hampir serentak,
merenjis mutiara kata yang payah ditolak.

Tentunya kau masih berada di dalam kawasan,
merintih dan menyangsi ataupun memerhatikan.
Aku percaya, dalam serba musim dan cuaca,
kau tidak pergi - hatimu tetap tegap di sini.

- A. Samad Said,
Bangsa Utama, Kuala Lumpur.